Jumaat, 6 November 2015

PROGRAM TENAGA DALAM KILAT


PROGRAM TENAGA DALAM KILAT

TENAGA DALAM KOMBINASI ASMAK

Cuba anda renungkan jika ada 100 paku baja. Ambillah satu dan isilah dengan magnet, maka sebuah paku bermagnet akan mampu menarik 99 paku lainnya bahkan logam sekitarnya. Sedangkan 99 paku tak bermagnet tidak boleh berbuat apa-apa, menarik satu paku pun tidak mampu. Kami hadir akan menjadikan anda bagai paku yang bermagnet. Anda akan mampu menarik banyak kebaikan dan sekitar anda. Seperti keberuntungan, Kesihatan, Ketenangan dan Keberhasilan.Bukanlah suatu rahsia tenaga dalam biasanya bermuara pada ilmu pengaturan pernafasan. Bagi pengaturan pernafasan yang di tekankan pada rongga dada, perut mahupun di bawah pusat kemudian dipadukan dengan konsentrasi penuh satu titik. Dengan tenaga dalam seperti ini mampu menghimpun sebuah kekuatan ghaib yang disaring dari prana alam bebas. Namun bila prana tersebut tidak dilatih secara rutin, maka prana itu akan menghilang dengan sendirinya. Tenaga dalam kilat mempunyai format lain bila dibandingkan dengan tenaga dalam lainnya. Kerana tenaga dalam kilat hanya bersumber pada sebuah keyakinan terhadap Tuhan yang maha kuasa dan dipadu dengan sebuah konsentrasi. Yang paling utama ialah pengisian yang dilakukan oleh kami sehingga anda menjadi mantap dalam mengolah tenaga dalam dan langsung dapat dirasakan berbagai kegunaan dan manfaatnya. Tak ada pantangan dan kesan sampingan atau kontradiksi dengan ilmu yang lain.

PRINSIP TENAGA DALAM KILAT

Ilmu tenaga dalam kilat bertujuan untuk membentuk tubuh dan jiwa anda menjadi sihat (juga termasuk keluarga anda) dapat membentengi diri dari berbagai jenis mara bahaya dan untuk mengubati diri serta orang lain dari segala penyakit (baik penyakit wajar secara medis mahupun penyakit buatan manusia yang menggunakan kekuatan jin, syaitan mahupun hal lainnya yang bersifat mistik). Ilmu ini bukan untuk bermegah-megah tunjuk lagak dan bukan juga untuk menunjuk-nunjuk. Yang pasti kekuatan yang kami alirkan merupakan suatu kekuatan ghaib dalaman yang ampuh. Tetapi bukan bersumber pada kekuatan jahat, jin apalagi syaitan. Melainkan ilmu tenaga dalam ini berasal dari keyakinan hati yang bersih dan suci untuk menemukan keyakinan kita akan kebesaran zat Tuhan Yang Maha Esa. Manfaat yang diperolehi terbahagi kepada tiga kekuatan : raga (gerak), rasa dan karsa (cipta).

GERAK

Menunjukkan barang hilang, menunjukkan benda ajaib / barang terpendam, boleh menguji seseorang itu punya bela diri atau tidak, boleh menunjuk kemana arah larinya pencuri, boleh membantu kelancaran dalam menjawab soalan, boleh mengimbas saudara yang jauh, sakit ataupun tidak, boleh mengetahui sesuatu arah seperti utara, timur dan lain-lain atau arah kiblat, mengetahui arah keluar jika tersesat dihutan dan sebagainya kegunaan isi raga yang tidak dapat kami tuliskan di sini.

RASA

Pukulan jarak jauh, penguncian musuh jarak jauh, pengosongan tenaga musuh jarak jauh, kalau dipukul musuh maka akan terpelanting dengan sendirinya, tambah kuat pukulan darinya, tambah kuat pula daya terpelantingnya, dapat mengusir makhluk halus yang jahat, dapat menghalang pengaruh hipnotis dari orang yang berniat jahat, akan tertolak apabila ada ancaman atau serangan halus (ilmu sihir, @ lainnya), untuk menambah kewibawaan, karisma, disegani dan disenangi dan banyak lagi kegunaannya.

CIPTA

Disamping fungsi-fungsi yang tertulis di atas, ilmu tenaga dalam kilat ini juga boleh atau mampu mendatangkan hawa panas dan hawa dingin lewat telapak tangan yang banyak berguna antara lain sebagai berikut :

Membantu penyembuhan diri sendiri, membantu pengubatan orang lain (kalau pesakit berkondisi panas, maka kita harus menyalurkan hawa dingin dan begitu juga sebaliknya untuk semua penyakit. Ingin mempunyai keturunan atau anak, memagari rumah, kebun, pertanian dan lain-lain, menawarkan khidmat pertokoan, pengasingan, megembalikan kekasih, mengalih hujan dan melancarkan segala bentuk usaha.

CARA PENGISIAN

Untuk pengisian tenaga dalam kilat hanya memerlukan waktu yang singkat iaitu perlu lebih kurang lima minit sahaja. Setelah proses pengisian itulah anda langsung memiliki kekuatan ghaib yang kami alirkan sampai bila-bila pun. Walaupun sering digunakan tenaga ini tetap ada dan tidak akan luput. Saat itu pula anda langsung dapat mencuba gerak mehupun hasilnya.

GAMBARAN TENTANG TENAGA DALAM KILAT

Kami peruntukan program tenaga dalam ini bagi anda yang mengkehendaki boleh menguasai tenaga dalam dengan cepat, tepat dan praktis tetapi mempunyai daya dan kegunaan yang memadai. Bersifat otomatis ertinya walaupun sering difungsikan tenaga ghaib akan terisi kembali dan tidak akan hilang sampai bila-bila pun tidak akan terjadi kontradiksi walaupun ikut perguruan tenaga dalam atau bela diri lainnya. Justeru sangat membantu dalam menguasai ilmu tersebut. Tidak memiliki pantangan apapun, hanya prinsipnya tambah baik tingkah laku kita maka hasilnya pun semakin baik. Merupakan sarana untuk menumbuhkan mentalitas spiritual rohani sehingga lebih yakin akan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Disebut tenaga dalam kilat sebab selain ilmu Tenaga Dalam juga diberi ilmu penyembuhan. Bahawa Tenaga Dalam Kilat bersumber dari kekuatan batin yang tinggi, murni, dan suci. Sehingga sama sekali tidak menggunakan kekuatan roh jahat, syaitan dan jin atau sejenisnya. Justeru merupakan upaya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

SIAPA YANG BOLEH MEMILIKI ILMU TENAGA DALAM KILAT

Siapa saja boleh memilikinya sama ada lelaki atau perempuan.walau apa pun bangsa dan agama.

Perhatian : kombinasi wirid asmak akan diberi kepada yang muslim.

PROSES PENGISIAN JARAK JAUH

Kami akan mengalirkan / mentransfer tenaga ghaib dari jauh dan anda langsung boleh merasakannya dan tanpa menimbulkan efek negatif pada tubuh.

TANDA-TANDA AWAL SETELAH PENGISIAN

Telapak tangan terasa panas atau dingin dan meremang serta jari dan tangan bergerak sendiri dan perkembangan berikutnya mendatangkan efek positif pada tubuh. Dalam meraih sesuatu agar berhasil dan sukses, pastilah diperlukan adanya faktor pendorong. Maka tenaga ghaib yang kami isikan ini merupakan pendorong untuk melancarkan usaha meraih kekuasaan, cita-cita, keberhasilan dan sebagainya. Mengapa?? Banyak orang selalu gagal dalam usahanya, rezeki sempit. Rezeki kalau dicari dia lari, kalau tidak dicari muncul pun tidak. Kehidupan mereka isnin khamis teman bisnes tidak ada, status ekonomi rendah status sosial pun rendah. Seribu satu pertanyaan boleh anda fikirkan mengapa perbezaan kehidupan di atas boleh terjadi tapi!!! Jawapan yang paling tepat disebabkan tidak adanya faktor pendorong dan kaedah yang di gunakan kurang tepat. Maka setelah anda nanti menjadi ahli kami, langsung kami alirkan tenaga ghaib dan kami beri petunjuk cara meraih cita-cita, keberhasilan dll.

KEBERUNTUNGAN

Dimana tenaga ghaib sangat membantu anda antara lain :

Membantu memperlancarkan setiap usaha yang anda kerjakan, memperolehi modal usaha, agar diterima atau lulus dalam temuduga kerja, peperiksaan dan lainnya, untuk menarik para pembeli, diantaranya peniaga warung, pedagang, salesman, ahli perniagaan dan usaha lainnya.

Untuk berpotensi dalam pertandingan olahraga dan sukan lainnya. Untuk memperolehi hasil yang banyak dalam berkebun, bertani, berladang, berternak. Dan masih banyak lagi yang ada hubungannya dengan keberhasilan dan keberuntungannya.

KESELAMATAN

Tenaga ghaib berfungsi sebagai perisai diri anda sehingga sangat membantu dalam :

Membentengi diri dari segala macam gangguan yang bersifat fizik (kasar) atau metafizik (halus), membentengi diri dari serangan ilmu sihir, bila ada ancaman dari musuh maka musuh akan terpelanting dengan sendirinya, dapat mengusir makhluk halus dalam rumah, dapat memagari rumah, keluarga, saudara mara, kebun, warung, pejabat, peusahaan dan lainnya dan dapat memagari binatang peliharaan agar selalu sihat dan selamat dari pencurian, dapat memberikan keselamatan baik perjalanan darat, laut, udara termasuk keselamatan penumpang, atau peserta misalnya: peserta olahraga atlet, pemandu, pecinta alam, pendaki gunung dan lainnya yang sering berhadapan dengan hal-hal kecelakaan. Dan banyak lagi kegunaan lainnya bagi anda yang menyangkut keselamatan.

KESIHATAN

Dimana tenaga ghaib tersebut sangat membantu terutama untuk penyembuhan diri sendiri. Disamping itu boleh membantu untuk penyembuhan orang lain. Baik untuk membantu penyembuhan bisa ular, roh halus dan penyakit lainnya.

Bahagian A meliputi :
Membuat minyak pengasihan, mengisi kekuatan pada orang lain.

Bahagian B meliputi :
Membuat air penawar, penyembuhan jarak jauh ilmu pengasihan mendatangi lewat mimpi, memanggil orang jarak jauh.

Mengembalikan orang yang lari dari rumah, menarik jodoh, mengembalikan kekasih, penuh wibawa dan punya pengaruh menyerap dan mengambil tenaga ghaib / prana dari matahari, udara, tanah, pohon, pusat tenaga langit, pusat tenaga bumi.

Jadi jelasnya tenaga ghaib sifatnya membantu dalam meraih kehendak, dalam erti bukan menentukan. Setelah anda menjadi ahli, akan segera kami berikan petunjuk cara penggunaan seperti hal-hal tersebut diatas. Dimana sebetulnya masih banyak kegunaan tenaga ghaib tersebut tidak kami paparkan, sehingga sangat bermanfaat bagi anda semua. Serta anda yang benar-benar memerlukan tentang keberuntungan, keselamatan, kesihatan dan lain-lain.

Jika anda ingin belajar jarak jauh pengisian akan dilakukan setelah segala pensyaratan dipenuhi termasuk pembuktian kiriman wang sudah dilakukan.

MAHAR PROGRAM TENAGA DALAM KILAT 
(TAHAP MURID)  

RM 180.00


MAHAR PROGRAM TENAGA DALAM KILAT
(TAHAP GURU) 

RM 480.00


TAHAP GURU (Boleh Mengijazahkan Kepada Murid) 

Tags : asmak, benteng ghaib, kilat, ilmu tenaga dalam, keberuntungan, keselamatan, olah nafas, pengasihan, pentembuhan, pernafasan, tenaga dalam

HOTLINE