Jumaat, 27 Mac 2015

PROGRAM GURU KEBATINAN WARISAN PENDEKAR MELAYU


PROGRAM GURU KEBATINAN WARISAN 
PENDEKAR MELAYU

Program Guru Kebatinan Warisan Pendekar Melayu adalah Ilmu Hulubalang yang telah lama wujud di dalam masyarakat Melayu dan Indonesia zaman silam. Ianya telah diwarisi turun menurun, dari abad ke 17 lagi. Selepas kebangkitan Islam di Nusantara ini termasuk Malaysia, Indonesia, kehandalan pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Datok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Wali Sembilan di Indonesia seperti Sunan Gunung Jati, Sunan Kali Jaga, Sunan Bonang dan banyak lagi telah menentang penjajah dan menegakkan panji panji Islam tetapi ilmu kebatinan pahlawan dan para wali ini seolah-olah telah senyap dan hilang.

Dengan daya usaha , serta berkat bimbingan mahaguru saya serta pertolongan dari Allah S.W.T dapatlah ilmu ini dikembalikan semula kepada anda sekarang ini dan seterusnya dipelihara untuk dijadikan pegangan hidup di zaman moden yang penuh dengan macam macam pancaroba dan dugaannya. Walaupun ilmu ini disebarkan secara senyap senyap dikalangan keluarga, saudara mara dan sahabat handai, dimungkinkan oleh oleh pengaruh penjajah pada masa ini. Alhamdulillah, sekarang ini sudah tiba masanya bagi pengamal / pewaris ilmu ini menyebar dan mengembangkan amalan amalan ini kepada mereka yang ingin dan berminat untuk mempelajarinya

Anda adalah merupakan salah seorang yang akan menghidupkan dan menyambung khazanah amalan ini. Gunakanlah ilmu ini untuk tujuan kebaikan. Saya tidak redha jika sekiranya anda menggunakan ilmu ini untuk tujuan maksiat dan kejahatan. Jika sekiranya sampai ke pengetahuan saya bahawa anda telah menyalah gunakan ilmu ini maka saya tidak teragak agak untuk memansuhkan ilmu ini dari dada anda atau ilmu itu memakan diri anda sendiri ( rosak binasa ). Sebagai pengetahuan dan ingatan anda, ilmu ini adalah berbentuk DEFENSIF. Ianya akan aktif dan bertindak apabila ada energi jahat yang akan mengancam diri anda. Semoga ianya dapat dijadikan bahan amalan dunia dan akhirat. Sekiranya anda menghadapi apa apa masalah atau ragu-ragu segeralah berhubung dengan saya agar apa yang tersirat akan segera terurai.

Sebagai memenuhi permintaan mereka yang berminat mendalami ilmu Hikmat Islam dan Melayu maka saya sediakan buat anda ilmu-ilmu yang praktikal dan berkesan diamalkan baik bagi keperluan sendiri mahu pun digunakan untuk membantu orang lain. Dengan demikian ilmu ini lebih tersebar luas di seluruh dunia.

Ilmu ini saya dapatkan secara berguru dan berijazah. Hasrat saya agar lebih ramai tampil untuk memiliki ilmu ini bagi kepentingan meneruskan perjuangan untuk memastikan setiap orang melayu beragama Islam dimana sahaja didunia ini memiliki ilmu ini agar pusaka bangsa ini terus hidup. Andalah yang akan menjalankan tugas murni ini. Anda semua layak memilikinya.Anda boleh mencari rezeki, kejayaan dan kekayaan melalui ilmu-ilmu yang anda pesan ini dan tentunya semuanya itu untuk mencapai keredhaan Allah dunia dan Akhirat. Moga niat kita diredhai Allah. Amin.

Keilmuan yang akan dipelajari di dalam Program Guru Kebatinan Warisan Pendekar Melayu adalah seperti berikut :

1) ILMU HIKMAT NAFAS WARISAN HULUBALANG SILAM

2) ILMU GERAK LANGKAH HULUBALANG

3) ILMU TAFSIR MIMPI

4) ILMU PENAWAR BISA DAN RACUN

5) ILMU PEMBUNGKAM

6) ILMU PENGASIH

7) ILMU GERAK PERWIRA

8) ILMU TANGAN BESI

9) ILMU JABAT TUJUH

10) ILMU GERAK JIBRIL

11) ILMU KOTA TAUHID

12) ILMU PERANG LAKSAMANA – (ILMU LAM JALLAH)

13) ILMU PERANG LASAMANA – (ILMU LAM JALLAH II)

14) ILMU PENUNDUK

15) ILMU PENGERUN

16) ILMU PELIMUN

17) ILMU SELENDANG MERAH

18) ILMU PASUNG BUMI

19) ILMU KUNCI PANCAINDERA

20) ILMU GERAK RAJAWALI

21) ILMU PERUBATAN ISLAM & TRADISIONAL MELAYU

22) ILMU PANCA INDERA SAKTI

23) ILMU HIKMAT GURU

24) ILMU MANDI MINYAK

25) ILMU MENAIKKAN SEMANGAT

26) ILMU HIKMAT BERTEMU MUSUH

Kesemua keilmuan ini di dalam 1 program iaitu, Program Guru Kebatinan Warisan Pendekar Melayu. Anda mampu membuka perguruan sendiri dan mengijazahkan kepada orang lain dan menetapkan mahar mengikut anda.

Maknanya anda setelah ambil keilmuan ini tidak terikat dengan kami, dan anda mampu mengajar dan menubuh perguruan anda dan mengikut citarasa anda untuk melakukannya.

MAHAR PROGRAM GURU KEBATINAN WARISAN PENDEKAR MELAYU

RM 580.00

TAHAP GURU (Boleh Mengijazahkan Kepada Murid) 

Tags : datuk bahaman, guru kebatinan, ilmu kebatinan, ilmu kekayaan, ilmu para wali, ilmu pendekar, ilmu wali, sunan bonang, sunan gunung jati, sunan kalijaga, tok janggut, tok gajah

HOTLINE